Bilik Gerakan Negeri Tingkat 1, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya
93502 Kuching,
Sarawak, Malaysia   
  


Tel: 082-443991 or 082-447960
Fax: 082-442730 
Email
jpbn@sarawak.gov.my
Facebook Sarawak Disaster Information
Whatsapp +6016 205 1111
03 May 2021
Version 8.0.2
online visitor Online Visitors 6
total visitor Total Visitors 539,438
 
Mangsa ketujuh Rabbies di S'wak meninggal dunia
Posted on : 06 Apr 2018  Source of News: Sarawak Voice online
 

KUCHING: Seorang lelaki berusia 26 tahun menjadi mangsa ketujuh dan terbaru yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus rabies sejak penyakit anjing gila itu dikesan di Sarawak sejak awal tahun lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, dalam kenyataan malam ini, berkata mangsa dari Taman Seri Makmur, Baru 6, Matang, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Selasa lalu

Menurutnya, lelaki itu mempunyai sejarah digigit anjing liar pada 23 Disember lepas, namun beliau tidak mendapatkan rawatan dari klinik, sebaliknya, hanya mendapatkan ubat dari farmasi yang berdekatan.

Katanya, sekitar bulan lepas, lelaki itu mengalami sakit otot, kebas serta sakit kepala dan mendapatkan rawatan dari klinik swasta pada 29 dan 30 Mac sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.

“Kes menunjukkan gejala hydrophobia, aerophobia, sakit kepala, halusinasi lemah angota kaki dan muka. Keadannya semakin teruk dan beliau meninggal dunia pada 3 April,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sejak 30 Jun lalu sehingga kini, terdapat lapan kes rabies yang dikesan dalam kalangan manusia, yang mengakibatkan tujuh kematian, dan satu kes discaj dari hospital dan diberikan rawatan di rumah.

Sehingga hari ini, kerajaan negeri mengumumkan terdapat 30 kawasan di lima bahagian di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan ranbies iaitu di bahagian Serian, Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sarikei.

“Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes-kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia ada telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan pejabat kesihatan bahagian yang terlibat,” katanya.– BERNAMA

Sumber : https://sarawakvoice.com/2018/04/06/mangsa-ketujuh-rabbies-di-swak-meninggal-dunia/

No Announcement at the moment
No news at the moment
No Newspaper cutting at the moment